Cari Blog Ini

Jumaat, 18 Disember 2009

Syabas Malaysia

Seperti yang kita semua rakyat malaysia harapkan, akhirnya pasukan bolasepak kita membawa balik pingat emas selepas 20 tahun kita tak menikmati nya. Semalam memang nya perlawanan dengan Vietnam amat sengit yang mana kita menang 1-0, walaupun dengan jumlah yang tidak banyak bilangan gol nya dan gol sendiri yang di jaringkan oleh pemain Vietnam, tapi dalam perkiraan bolasepak ianya tetap di kira sah dan kemenagan memihak pada team kita. Tahniah kepada anak-anak buah K.Rajagopal serta pengurusan pasukan dan FAM yang telah meletakkan pasukan negara di landasan yang memang nya hak kita dari dulu lagi.Apa pun di harapkan selepas ini, biar lah pasukan kita konsisten dan terus menapak selangkah demi selangkah untuk mencapai impian yang tinggi lagi, seperti yang saya beritahu di dalam tulisan saya sebelum ini, biar kita merangkang balik dari bawah, asal impian kita tercapai. Tidak mengapa kita bermula dengan sukan sea, platform yang rendah dulu, selepas itu baru kita bergerak dengan platform yang lebih tinggi sedikit seperti Piala Asia. Saya tengok secara langsung semalam di TV2 RTM, perlawanan itu sememang nya berhak di menangi oleh pasukan kita, lebih-lebih lagi di separuh masa kedua, pasukan malaysia banyak mengatur serangan ke gawang Vietnam yang membuat pertahanan mereka memang tertekan sehingga lah muncul gol sendiri oeh pemain pertahanan nya sendiri. Saya agak, sekurang-kurang nya pasukan Malaysia boleh menang 2 atau 3 kosong kalau 2 atau 3 peluang yang di dapati dapat di manafaat dengan baik. Apa pun tahniah kepada jurulatih K.Rajagopal dan pengurusan team malaysia Datuk Rizduan dan Datuk Shubahan serta pemain-pemain yang memang melalui berbagai kesukaran bila nak ke Laos dengan terpaksa tidur sekejap di Airport disebabkan kelewatan penerbangan dan bermacam dugaan dan akhirnya ini lah ganjaran nya yang pasukan malaysia dapat pingat EMAS yang kita tunggu selama 20 tahun tidak merasainya. SYABAS MALAYSIA. MALAYSIA BOLEH. TAHNIAH UNTUK SEMUA TEAM MALAYSIA DAN SELURUH RAKYAT MALYSIA YANG MENDOAKAN KEJAYAAN KITA PADA HARI INI. Ingat, kita jangan alpa dengan kejayaan ini,  masih banyak liku-liku yang kita perlu lalui lagi, dan kita harus bersedia untuk menghadapinya. Tidak ada kejayaan yang di capai dengan mudah tanpa pengorbanan yang cukup tinggi untuk kita lalui nanti. Lagi sekali SYABAS MALAYSIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan